Friday, 27 April 2012

Kagum dan Jakun

Salam.

Hai uollss...lama tak update..entah apa nak digebangkan pun tak tau..hehehe..bukan tak ada cite yang nak digebangkan tapi dah banyak sangat peristiwa yang terjadi dah terlepas, so dah ingat-ingat lupa..tapi yang terbaru hari tu aku pegi KL naik public transport uolllss...malas nak drive sebab uolls tau la, kan Jalan Ampang mana penah tak jem, asyik jem je la dari dulu sampai le ni..plannya nak pegi Low Yat dan area yang sewaktu dengannya..fikir2, naik bas Rapid sampai KLCC pastu menapak ke Pavillion, dari Pavi jalan ke Sungai Wang dan Low Yat.
Wahhh...penat giler nak mampp...sakit kaki aku menapak berkilo-kilo meter jauhnya TAPI...haaa ada tapinya..sebab walaupun penat tapi mataku dok melilau sana melilau sini..jakun kejap sebab tak sangka terlalu banyak pembangunan di Kuala Lumpur ni..kalau drive dah tentu tak tahu jalan-jalan disekitar area tu. Memang aku jakun campur bangga sebab duduk di KL yang amat pesat pembangunannya...rasa kat oversea la pulak sebab segala kemudahan ada...



Turun dari bas, aku berjalan dari KLCC melalui jalan nak ke Putra LRT station. Dari situ uoll boleh menapak terus ke Aquaria KL Convention Centre pastu naik jambatan pejalan kaki. Haaa...dari situ kalau uolls nak ke area Wisma Cosway, Istana Hotel dan Pavilion ada signboard tunjuk arah ke mana kita nak pergi...Aku rasa walaupun penat, tapi tak terasa penat sebab sepanjang menapak tu aku dok cuci mata tengok pembangunan dan pemandangan yang memukau...rasa macam jalan kat negara lain bukan KL sebab begitu banyak kemudahan yang disediakan seiring dengan kepesatan pembangunan yang ada sekarang..huhuhu..MEMANG AKU JAKUN...(sila uwekkk aku)...So, uolls aku cadangkan kalau nak pegi area 'segitiga emas' ni naiklah public transport..jimat duit (tak payah bayar parking) dan jimat tenaga (tak payah tension2 dalam jem). Tapi kalau hujan....ko jawab la sendiri dik non...

No comments:

Post a Comment

Blogger news

KERJA DARI RUMAH