Sunday, 27 May 2012

Cuti Sekolah...Cuti Jadi Tarzan..

Assalamualaikum...

Cuti sekolah dah bermula...lega pun ada...sebabnya aku tak la meroyan pagi-pagi mengejutkan anak jantan sorang tu nak bangun pagi..liat betul nak bangun, sampai kalau aku letak jam loceng pun dia buat pekak je... ikut sapa la gamaknya ye...bapaknya kot..hehehe..


Biasa la kalau dah cuti sekolah tu banyak la pulak aktiviti dorang dan banyak juga undangan majlis kahwin ni. Baru ni balik kampung sebab ada majlis pernikahan sedara, seronok sangat la dorang tambah-tambah dapat jumpa atuk opah juga dapat la dorang bermesra dengan sepupu sepapat dorang yang jarang-jarang jumpa..
Ni anak adik aku..budak ni kira yang paling kecil la dalam family aku sekarang...so, dia memang jadi tumpuan sebab anak-anak aku ni pantang jumpa budak kecik..suka no melayan...

Keje budak-budak sekarang, kecik-kecik dah ada facebook...
Dah puas berjimba balik kampung, pastu bising nak cuti-cuti malaysia pulak...Emmm..Mak ko ni tak da problem nak oi..bapak kau tu memanjangggg keje..tak boleh cuti...mak kau ni pun stress tau..so, kalau nak cuti mana-mana tu kenalah 3 bulan awal plan kalau tak, memang tak jadi punya...
Cuti sekolah ni selain aku tak stress, aku dapat melepaskan sedikit lelah...sebabnyaa..... Nasib baik la ada anak dara dua orang tu meringankan tulang menolong apa yang patut kat rumah dan keje memasak pun dah ada yang membantu, tak lah mak kau ni jadi tarzan dua minggu ni..leh la relax-relax sikit sambil melayan blog aku yang dah bersawang ni...hehehe..

Ish...bapaknya dah balik..baik aku chow dulu..dia bukannya berkenan tengok aku mengadap blog ni..kalau dia balik tak disambut nnti jap-jap jeling aku..faham2 je ler ye...

ok. bai...


No comments:

Post a Comment

Blogger news

KERJA DARI RUMAH