Selepas beberapa lama tak menjenguk blog ini, alahai kesiannya..dah bersawang tak hinggat..
Al maklum mak ni selalu je sibuk dgn urusan duniawi yang tak habis-habis
Bila mood ada, suasana persekitaran pulak banyak menganggu...(anak2ku kan berderet)..-___-
Ni gigih jugak nak hapdate...Sebab??? Sebab rase teruja dengan kesungguhan anak-anak daraku yang telah
memulakan langkah pertama mereka membuka bisnes online..
Rasa teruja bukan sebab aku tak sangka dorang dah pandai fikir untuk menjadikan bisnes untuk mendapatkan duit poket TAPI usaha mereka...USAHA itu yang membuatkan aku merasa terharu
sebab kalau nak dibandingkan aku pada baya mereka, haram tak tau apa pun...
So, aku harap sangat readers di luar sana, support la anakku Farahin Darleena dengan online bisnesnya iaitu "DARLENE SHOPPE" di page facebook anda. Jika tak berminat untuk membeli pun asalkan klik Like pun dah memberi support untuknya. Mana tahu, dengan support yang baik dari readers, kawan2, saudara mara dan guru-guru mereka akan menjadikan mereka usahawan berjaya suatu hari nanti.Doa dan support dari kalian amat dihargai dan terima kasih atas budi baik anda semua...mmmuuuaaahhhh.....
InsyaAllah...sebagai ibu aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anakku dan semoga ini adalah
langkah pertama menuju kejayaan dan menjadi sumber inspirasi kepada adik-adiknya pula dan kepada
sesiapa jua..

No comments:
Post a Comment