Sunday, 25 January 2015

Kenapa Pilih Shaklee?


Assalamualaikum kepada semua pembaca yang membaca blog saya yang seadanya ini.

Bertahun saya tinggalkan blog saya ini kerana tidak berkesempatan untuk menulis. Tapi disebabkan semangat dari mentor saya @Aishah Amin, maka saya rasa perlulah saya buktikan pada beliau saya boleh menulis kembali dengan harapan apa yang dikongsi mendapat manfaat pada semua yang membaca...Insha Allah..

Saya mengenali Shaklee lebih awal sebenarnya iaitu dalam tahun 1996 kalau tak silap saya. Produk pertama yang saya ambil ialah Alfalfa, vitamin C dan beberapa vitamin lain yang saya tak ingat namanya. Waktu itu saya masih menyusu badan anak kedua yg berumur 1 tahun. Saya fully breastfeed masa tu. Saya perasan susu saya memang banyak sampai bengkak dan apa yang saya buat, saya perah susu keluar dan buang macam tu je. Masa tu saya tak tahu cara nak simpan susu yang di perah. Lebih seronok lagi badan saya kurus perlahan2 tanpa sedar dan kulit saya sangat cantik masa tu. Itu pun lepas adik saya tanya apakah saya diet dan ambil produk apa? Barulah saya terfikir rupanya produk Shaklee memang beri kesan semula jadi pada saya dan tiada apa2 kesan sampingan yang memudaratkan



Saya join semula Shaklee akhir tahun 2014. Saya tidak ragu-ragu langsung kerana saya memang dah tahu Shaklee terbukti sangat bagus. Saya akan menjadikan Shaklee makanan kesihatan untuk keluarga saya dan berkongsi pengalaman ini dengan kawan2 saya juga pembaca blog saya. Saya harap dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan pada semua. Kalau kita sendiri yang tak menjaga kesihatan kita siapa lagi, betul tak?
Di entry akan datang saya akan berkongsi fungsi vitamin dan supplement yang kita ambil pada sistem badan kita.

Hingga bertemu lagi di entry lain.
Salam sayang.

No comments:

Post a Comment

Blogger news

KERJA DARI RUMAH